Sunday, September 14, 2014

IMPAK KETAWA PADA BIOLOGI TUBUH


Tahukah anda?
Manfaat ketawa 100 kali atau lebih sama dengan anda melakukan aerobik selama 10 minit. Jadi ketawa sebenarnya bukan sekadar 'menghidupkan' emosi tetapi kesannya lebih dari itu- mengubah biologi tubuh secara sementara dan meningkatkan tahap kesihatan. Ketawa memberi kesan kepada OTAK,PARU-PARU,MATA,JANTUNG,OTOT,HORMON DAN EMOSI.

OTAK
Ketawa mencetuskan rangsangan pada bahagian utama otak dan tubuh. Signal akan dihantar bagi meningkatkan fungsi paru-paru

PARU-PARU
Otot dada dan diafragma akan mengecut,memaksa udara keluar daripada paru-paru melalui saluran pernafasan dan larinks.Peti suara anda akan bergetar dan mengeluarkan  bunyi haha atau hoho

MATA
Jika perkara yang ditertawakan cukup lucu,mata anda akan berair

JANTUNG
Kadar denyutan jantung dan tekanan darah akan meningkat ekoran permintaan terhadap oksigen yang tinggi untuk dibekalkan kepada paru-paru dan organ tubuh yang lain

HORMON
Ketawa merembeskan endorfin,hormon yang sama dihasilkan sewaktu bersenam.Selain ketawa juga 'menekan' penghasilan hormon kortisol yang sering dikaitkann dengan kemurungan dan kelesuan

sumber artikel : Buletin iSihat Mei 2013

Jom ketawa!! ha ha ha ha ha 


Your trusted distributor,
Ibu bijak,keluarga sihat'
IDA | SID :906347 | 013-9271770

2 comments:

  1. Tapi ada yang kata , tak boleh gelak banyak , nanti cepat lupa . Tapi Dayah suka gelak . hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke? ha ha ketawa tapi berpada2.. yang penting happy ye tak dayah?
      p/s: lebih kurang nama kita... 'cahaya petunjuk' :-D

      Delete