Pages


HUBUNGI KAMI

Whatsapp atau iMessage kami di

+44 7440 359598 (Lin)

+44 7475638652 (Fikri)


NOTE :

CHECK IN : 2.00PM

CHECK OUT : 12.00PM (NOON)

Saturday, February 8, 2014

KHASIAT SUSU IBU

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Cerita ibu...
Rini nak bercerita tentang KHASIAT SUSU IBU. Walaupun ramai dah tahu tentang kehebatan sebatian ajaib ini, ida nak refresh kembali semoga dapat membangkitkan semangat ibu2 utk terus menyusukan bayi mereka terutama ibu2 muda. Senyum dulu dan teruskan pembacaan  
:-)



KHASIAT SUSU IBU 
-----------------------------

 MEMANTAPKAN SISTEM IMUNISASI 
* Kajian menunjukkan bayi yg diberi susu ibu terlindung drp penyakit berkaitan sistem pernafasan dan penghadaman.

INFO :-
1- Antibodi2 yg terdapat dalam susu ibu menyediakan satu perlindungan langsung daripada jangkitan.
2- Sifat anti-infeksi lain air susu ibu adalah menyediakan satu persekitaran sesuai untuk bakteria “bermanfaat” yang dipanggil sebagai “flora normal” sekaligus menangkis serangan bakteria, virus dan parasit berbahaya.
3- Tambahan pula, didapati bahawa terdapat beberapa unsur di dalam air susu ibu yang mengawal sistem imunisasi terhadap penyakit berjangkit dan membolehkannya berfungsi dengan lebih teratur.

 KAYA DENGAN NUTRISI 
* Susu ibu diformulakan oleh Allah merupakan makanan yg kaya dengan nutrisi dan paling mudah dihadam memandangkan sistem penghadaman bayi yg sensitif

INFO :-
1- Memandangkan bayi menggunakan sedikit sahaja tenaga untuk mencerna air susu ibu, maka tenaga selebihnya dapat disalurkan untuk fungsi tubuh yang lain, pertumbuhan dan perkembangan organ.
2- Air susu ibu yang mempunyai bayi pra-matang mengandungi tahap zat lemak, protein, natrium, klorida dan besi yang lebih tinggi untuk menampung keperluan bayi. Ianya telah dibuktikan bahawa fungsi mata bayi pra-matang yang diberi minum air susu ibu adalah lebih baik dan lebih cemerlang dalam ujian kecerdasan. Tambahan pula, mereka turut memiliki banyak kelebihan lain

 OMEGA 3 
- Kandungan minyak omega-3 asid alfa linoleat menjadikan air susu ibu penting untuk perkembangan bayi. 
- Selain menjadi SEBATIAN PENTING UTK OTAK & RETINA MANUSIA, ia juga amat mustahak bagi bayi-bayi yang baru dilahirkan. 
- Omega-3 secara khusus penting sepanjang masa kehamilan dan peringkat awal usia bayi demi perkembangan otak dan saraf yang normal. Ramai saintis menegaskan kepentingan air susu ibu terutamanya sebagai satu sumber omega-3 semulajadi dan sempurna.

 MENGURANGKAN RISIKO SAKIT JANTUNG 
- Hasil kajian menunjukkan kebaikkan jangka panjang susu ibu adalah kesan positif terhadap TEKANAN DARAH (mengurangkan risiko serangan jantung)
- Sifat perlindungan yg terdapat dalam susu ibu disebabkan KANDUNGAN NUTRISINYA.
- Kehadiran rantaian panjang asid lemak poli tidak tepu (polyunsaturated fatty acids) dalam air susu ibu (untuk mencegah pengerasan arteri) dan hakikat bahawa bayi yang diberi minum air susu ibu menggunakan sedikit natrium (berkait rapat dengan tekanan darah) serta tidak mengalami pertambahan berat badan berlebihan merupakan antara cara air susu ibu memberi manfaat kepada jantung.
- Berdasarkan pendedahan Dr. Martin, hormon-hormon yang diserap semasa peringkat bayi melalui air susu ibu dapat menurunkan risiko pelbagai penyakit seperti obesiti, diabetes tahap dua dan daya tahan insulin, serta penyakit jantung koronari.

credit info : Dunia susu ibu & iluv islam


p/s: Jika anda mengalami masalah dalam penyusuan, susu berkurangan, tak tahu cara memulakan penyusuan. ..Jom bercerita dengan ida..InsyaAllah ida akan bantu! 

Senyum ^__^


Your trusted distributor,
Ibu bijak,keluarga sihat'
IDA | SID :906347 | 013-9271770

No comments:

Post a Comment