Pages


HUBUNGI KAMI

Whatsapp atau iMessage kami di

+44 7440 359598 (Lin)

+44 7475638652 (Fikri)


NOTE :

CHECK IN : 2.00PM

CHECK OUT : 12.00PM (NOON)

Sunday, October 12, 2014

MENDIDIK BAYI DALAM KANDUNGAN

Cerita ibu..

Menurut kajian,ketika kandungan berusia lima bulan, sistem pendengaran janin sudah cukuo matang sehingga dia dapat mendengar bunyi-bunyian di luar rahim. Oleh itu,ibu2 yang hamil digalakkan bercakap dengan janin mereka .


BERINTERAKSI DENGAN JANIN

1- Bercakaplah dengan janin
>> Perkenalkan diri,ibu,bapa dan kakak ataupun rakam suara mereka. Apabila bayi lahir nanti, mereka mengenali suara keluarga mereka dengan mudah

2- Bacakan cerita dan puisi
>> Ini adalah satu saranan yang baik bagi mengasah kecerdasan emosi dan empati anak-anak.



3- Usap ataupun tepuk perut dengan lembut
>> Ini bagi menenangkan dan mendapatkan reaksi janin. Hasil komunikasi yang disertakan dengan sentuhan akan lebih berkesan. Kata-kata yang kita ucapkan akan lebih bermakna sekiranya disertakan dengan usapan dan sentuhan.


4- Perdengarkan muzik 
>> Menurut kajian,stimulasi muzik akan menambah potensi kecerdasan anak. Walaubagaimanapun berhati-hati kerana bukan semua muzik dapat mencerdaskan minda anak2.
NOTE : BAGI KITA ORANG ISLAM, SANGAT2 DI GALAKKAN MEMPERDENGARKAN ALUNAN AL-QURAN SEAWAL MUNGKIN UTK BAYI DALAM KANDUNGAN. LAGI HEBAT JIKA IA DAPAT DIBACAKAN OLEH IBU DAN AYAH SENDIRI. 

Ransangan dari luar dapat memaksimumkan pembesaran janin dan mempengaruhi perkembangan jiwanya.
Sekiranya anak dirangsang dengan kasih sayang sejak berada dalam kandungan ,mereka akan berasa tenteram dan membesar menjadi insan yang yang riang.
Usah sekali-kali bercakap tentang hal -hal yang tidak menyenangkan atau berbaur kemarahan ,kerana keadaan itu dapat dirasakan oleh janin.


Petikan daripada : Buku Creative Parenting Today


Your trusted distributor,
Ibu bijak,keluarga sihat'
IDA | SID :906347 | 013-9271770





No comments:

Post a Comment