Pages


HUBUNGI KAMI

Whatsapp atau iMessage kami di

+44 7440 359598 (Lin)

+44 7475638652 (Fikri)


NOTE :

CHECK IN : 2.00PM

CHECK OUT : 12.00PM (NOON)

Saturday, November 15, 2014

KEPENTINGAN SARAPAN UNTUK IBU HAMIL

Assalamualaikum dan selamat pagi ..

Ibu2 dah sarapan pagi ni? 

Menurut kajian...

"..Sebuah penyelidikan yang dilakukan di Harvard Medical School , Amerika Syarikat, membuktikan  kepentingan sarapan bagi kesihatan wanita hamil. 
Menurut Dr. Mark Pereira, ketua pasukan penyelidik, rutin sarapan mampu menurunkan risiko obesiti sebanyak 30%. Sarapan juga mampu menurunkan kemungkinan anda mengidap diabetes serta serangan jantung . Bukan hanya itu, sarapan juga baik untuk membantu meneutralkan mood swing yang sering dialami wanita hamil, dengan cara meneutralkan kadar gula darah di dalam tubuh.."

Ok, pagi ni ida nak share resepi mudah lagi ringkas yang boleh diambil oleh ibu hamil.

TELUR SEPARUH MASAK 
--------------------------------------
Bahan-bahan :
> Telur
> Air
> Kicap
> Lada sulah

Cara memasaknya :-
> Didihkan air dalam periuk sehingga mendidih. Level air agak2 telur hampir tenggelam. 
> Kemudian, masukkan telur perlahan-lahan (kuat2 kang pecah lak..hi hi) ke dalam air yang mendidih,dan dalam masa yang sama set kan timer 5-7 minit (ikut saiz telur la ya). Api perlahankan okeh. 
> Cukup masa, bolehla terus angkat. 
> Pecahkan telur ke dalam mangkuk , letak kicap sikit dan lada sulah!! Yummmmm!!! 

p/s : ni pun gaya cam terlebih masak ni... ha ha ha ha layannnnn!!! 

Khasiat telur untuk tubuh
---------------------------------
> Kandungan telur kaya dengan PROTEIN dan VITAMIN A dan sumber mineral
> Kadar lemak dan kalori dalam telur rendah dan mudah dihadam
Bahagian kuning telur merupakan makanan yang mengandungi zat yang berbagai dan seimbang.
Bahagian putih telur mengandungi protein albumin yang juga merupakan vitamin larut lemak.
Selain kolesterol, ia mengandungi banyak zat-zat makanan yang penting, antaranya adalah 67 miligram sulfur atau lapan peratus daripada keperluan seharian


so, jangan skip sarapan okeh! 

Senyum.. ^_^



Your trusted distributor,
Ibu bijak,keluarga sihat'
IDA | SID :906347 | 013-9271770


No comments:

Post a Comment