Pages


HUBUNGI KAMI

Whatsapp atau iMessage kami di

+44 7440 359598 (Lin)

+44 7475638652 (Fikri)


NOTE :

CHECK IN : 2.00PM

CHECK OUT : 12.00PM (NOON)

Tuesday, September 30, 2014

KEJANG PERUT SEMASA HAMIL

Adakah kejang perut sesuatu yang normal semasa hamil?

Ya. Kekejangan dan kesakitan lain di perut adalah normal. Jika ia berlaku tanpa simptom-simptom yang lain, tiada apa yang perlu dibimbangkan. 

Membawa bayi dalam kandungan memberi banyak tekanan ke atas otot-otot, sendi dan urat-urat anda. Maka tidak hairanlah jika anda rasa tidak selesa di bahagian perut. 

Sepanjang kehamilan, tisu-tisu kental dan fleksibel (ligamen) yang menyambungkan tulang-tulang anda meregang untuk menyokong pembesaran uterus (rahim) anda. Jadi apabila anda bergerak, anda mungkin rasa sakit sedikit pada sebelah atau kedua-dua belah badan anda.

Apabila bayi semakin membesar, uterus lebih terdorong untuk menyenget ke kanan dan ligamen-ligamen di bahagian itu mungkin tertarik atau mengejang. Oleh itu, anda mungkin rasa sakit lebih kerap pada bahagian kanan.


Ada apa-apakah yang boleh saya lakukan untuk melegakan kekejangan?

Berehat apabila kesakitan berlaku biasanya dapat melegakan kekejangan, begitu juga dengan langkah-langkah berikut:
  • Cuba duduk sebentar.
  • Baring mengiring ke bahagian bertentangan di mana kesakitan itu berlaku, dan tinggikan kaki anda.
  • Mandi air hangat.
  • Tuam bahagian yang sakit menggunakan botol air panas atau beg gandum.
  • Cuba relaks.
Kadang-kadang, anda juga boleh mengalami kekejangan dan sakit belakang semasa bersama suami, terutamanya ketika mencapai orgasme. Orgasme menyebabkan denyutan berombak dalam faraj sehingga ke uterus, dan ini boleh menyebabkan anda rasa seakan-akan kekejangan setelah ia selesai. 

Hubungan kelamin semasa hamil boleh membuat keadaan ini terasa lebih seperti kekejangan jenis kontraksi, terutamanya dalam trimester ketiga. 

Anda boleh mengurangkan kemungkinan berlakunya kekejangan ini dengan melakukannya dengan lembut dan perlahan. Urutan belakang yang lembut selepas mencapai orgasme juga mungkin membantu. 

Bagaimana jika saya rasa tidak sihat dan mengalami kekejangan?

Kekejangan yang berlaku seiring dengan rasa tidak sihat tidak mempunyai kaitan dengan kehamilan. Penyakit apendiks, batu karang, jangkitan salur kencing atau masalah pundi kencing kesemuanya boleh menyebabkan kekejangan perut. 

Ada kemungkinan kehamilan menyebabkan masalah ini. Fibroid dalam uterus yang sebelum ini tidak mengganggu anda mungkin akan membuat anda tidak selesa apabila anda sedang hamil. 

Ingatlah apa yang anda rasakan dan beritahu doktor anda mengenainya. Doktor anda boleh memastikan samada kesakitan ini adalah kesakitan biasa atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, jangan tunggu untuk mendapatkan bantuan jika kekejangan itu tidak hilang selepas beberapa minit anda berehat, atau jika ia disertai dengan:


Bilakah kekejangan menjadi satu kebimbangan dalam trimester pertama?

Kejang perut biasanya tidak perlu dibimbangkan jika berlaku semasa awal kehamilan. Tetapi kadang kala jika ia disertai dengan simptom-simptom yang lain, anda mungkin perlu berjumpa doktor. 

Keguguran awal 
Malangnya, keguguran awal biasa berlaku. Ia biasanya berlaku kerana bayi tidak berkembang dengan sepatutnya. Anda akan mengalami kekejangan, pendarahan dan kesakitan di tengah-tengah bahagian bawah perut bila-bila masa sehingga minggu ke-12 kehamilan. Hubungi doktor anda atau pihak hospital, kemudian baring atau duduk dengan kaki ditinggikan dan berehatlah sebaik mungkin.

Jika anda mengalami pendarahan yang teruk (sehingga terpaksa menggunakan lebih daripada satu tuala wanita dalam satu jam), terus pergi ke bahagian kemalangan dan kecemasan di hospital berdekatan.

Kehamilan di luar rahim 
Sepertimana namanya, kehamilan di luar rahim atau kehamilan ektopik adalah kehamilan yang berkembang di luar uterus (rahim). Malang sekali, kehamilan seperti ini tidak dapat diselamatkan. Ia merupakan satu masalah yang serius, maka anda perlu mendapatkan rawatan segera. 

Anda akan rasa kejang dan sakit yang biasanya bermula pada sebelah bahagian perut dan merebak ke seluruh bahagian perut. Anda juga mungkin mengalami pendarahan yang cair dan berwarna gelap. Ia biasanya berlaku di antara minggu kelima dan ke-10 kehamilan. Hubungi doktor anda atau pergi terus ke bahagian kecemasan di hospital berhampiran kerana kehamilan di luar rahim memerlukan rawatan segera.

Bilakah kekejangan menjadi satu kebimbangan dalam trimester kedua?

Sakit perut yang tidak disertai simptom-simptom lain dalam trimester kedua mungkin tidak perlu dibimbangkan. Namun jika ia disertai dengan pendarahan, ada kemungkinan kecil ia merupakan tanda anda mengalami keguguran lewat.

Ingatlah bahawa keguguran lewat sangat jarang berlaku berbanding keguguran awal. Hanya kira-kira satu dalam 100 keguguran berlaku pada lewat kehamilan.

Jika anda mengalami keguguran lewat, anda akan rasa kejang disertai pendarahan teruk selepas 12 minggu dan sebelum 24 minggu kehamilan. Jika anda mengalami pendarahan ringan atau rembesan faraj, hubungi doktor anda untuk mendapatkan nasihat. Jika anda mengalami pendarahan yang teruk, pergi terus ke bahagian kecemasan atau unit materniti di hospital berdekatan.

Bilakah kekejangan menjadi satu kebimbangan dalam trimester ketiga?

Sampai ke trimester ketiga bermaksud anda hampir tiba ke penghujung kehamilan. Kejang perut mungkin bermakna badan anda telah mula bersiap sedia menghadapi proses kelahiran, maka perkara utama yang perlu dibimbangkan ialah kelahiran pramatang

Jika anda sakit bersalin awal, ini tidak semestinya bermakna anda akan bersalin ketika itu. Kadang kala, selagi air ketuban anda belum pecah, ia hanyalah sakit biasa. 

Jika kelahiran pramatang berlaku, anda akan rasa sakit di bahagian pelvis atau bahagian bawah perut, sakit belakang, kejang perut dan cirit-birit. Anda mungkin rasa ketuban anda pecah, disertai dengan kontraksi yang kerap ataupun uterus anda terasa mengetat, namun biasanya tidak menyakitkan. Ini boleh berlaku pada bila-bila masa di antara minggu ke-24 dan minggu ke-37 kehamilan.

Hubungi doktor anda serta merta jika anda rasa air ketuban anda sudah pecah.

Kekejangan yang berlaku selepas minggu ke-37 kehamilan mungkin bermakna anda telah masuk ke peringkat awal kelahiran. Pada peringkat ini, kekejangan bukan lagi satu kebimbangan. Ia adalah sebahagian daripada cara badan anda bersiap sedia untuk melahirkan. Anda juga mungkin akan rasa sakit pada bahagian bawah pinggang yang disebabkan oleh tekanan yang bertambah pada pelvis dan belakang anda. 

Kekejangan semasa peringkat awal pelahiran tidaklah seteruk kontraksi yang akan anda alami dalam peringkat pelahiran aktif. Anda mungkin dapati berehat di atas sofa atau berjalan-jalan dapat membantu. Jika anda dapat mencari cara tersendiri untuk menangani ketidakselesaan ini sekarang, ia akan membantu anda apabila tiba ke peringkat pelahiran aktif nanti. 

sumber asal : Baby Center 


Your trusted distributor,
Ibu bijak,keluarga sihat'

IDA | SID :906347 | 013-9271770



No comments:

Post a Comment