Masa sarapan ngan kakak Dina..
"Ibu,banyaknya ibu makan?"
" erk... he he he baru roti ke 2 ni..." krik krik krik
Ok, sebelum kakak tanya lagi, better ibu cari info dulu daripada bg jawapan yg tidak tepat. Dulu suka jawab,ibu kan makan untuk adik sekali... tetttt kurang tepat.. ok gugel!
Betul ke ibu hamil kena makan untuk 2 orang?
TIDAK PERLU . Apa yang penting,ibu kena pastikan nutrisi cukup untuk 2 org, ibu dan bayi..
“..Bukan jumlah makanan yang perlu diberi perhatian sebaliknya kualiti nutrisi perlu diberi keutamaan. Menikmati makanan lima kali sehari dalam kuantiti berpatutan lebih baik sekiranya ia dilakukan dengan betul. Jumlah keperluan tenaga (kalori) bagi ibu hamil berbeza untuk setiap trimester kerana ia makin bertambah bersesuaian dengan perkembangan tumbesaran bayi dalam kandungan..."
Jumlah kalori :-
>> Trimester (tempoh tiga bulan) pertama : ibu memerlukan kira-kira 2,000 kalori
>> Trimester kedua : ibu perlukan 2,400 kalori dalam setiap hidangan.
>> Trimester ketiga : ibu memerlukan 2,650 kalori dalam setiap hidangan.
“Penting untuk menikmati hidangan yang mampu membekalkan nutrisi diperlukan bayi dalam kandungan dan tidak mengambil makanan terbabit secara berlebihan sekiranya mengetahui ia tidak memberikan sebarang kebaikan,”
- Perunding Nutrisi, Indra Balaratnam
piramid makanan
sumber : google
Makanan semasa mengandung
Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.
Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.
Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
- Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
- Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
- Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
- Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
- Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.
sumber : google
Your trusted distributor,
Ibu bijak,keluarga sihat'
IDA | SID :906347 | 013-9271770
No comments:
Post a Comment