Pages


HUBUNGI KAMI

Whatsapp atau iMessage kami di

+44 7440 359598 (Lin)

+44 7475638652 (Fikri)


NOTE :

CHECK IN : 2.00PM

CHECK OUT : 12.00PM (NOON)

Wednesday, January 15, 2014

POSISI-POSISI PENYUSUAN


Assalamualaikum...

Cerita ibu ..
Rini ida nak share tentang posisi2 penyusuan yg ibu2 leh praktikkan semasa menyusukan baby, pilih yang mana paling selesa utk ibu dan baby dan jadikan tempoh penyusuan tu adalah momen yang paling seronok dan bahagia... jom baca dan fahamkan  :-)



Football Hold

1- Cari posisi yg betul.Guna posisi yg boleh mengelakkan sebrg bebanan pd bhgian abdomen (perut). yg ptg ibu selesa. (terutama ibu yang bersalin secara ceasarean)

2- Pegang baby secara mendakapnya antara posisi selesa.Jika di hospital,ibu boleh menaikkan kedudukan katil ke atas/menggunakan kerusi yg lebar.

3- Letakkan bantal di bahagian sisi bg menyokong lengan yg memangku bayi.Bayi akan termasuk di bawah lengan anda

4- Pegang bayi pada kedudukan rendah menggunakan ibu jari dan jari telunjuk,di belakang telinga bayi.Tapak tangan ibu hendaklah menyokong leher dan bahagian belakang badan bayi sementara lengan anda menyokong keseluruhan badan bayi.Sementara siku anda mendakap punggung bayi ke bahagian sisi anda.

5- Bayi patut berkedudukan yg membolehkan wajahnya menghadap terus ke payudara ibu,hidung sebaris dengan payudara ibu.Bayi perlu berkedudukan lurus iaitu bahu,telinga dan punggung tegak ke hadapan.Tangan berikutnya akan menyokong payudara dgn 4 jari di bhgian bawah payudara dan ibu jari di atas
* Berhati2 bg memastikan belakang tgn tidak menutup aerola ketika bayi sedang melekapkan mulutnya dengan selesa.




Cross cradle 

1- Posisi cross cradle mungkin dapat memberikan keselesaan,gunakan bantal utk melindungi bahagian perut yang dibedah (jika bersalin secara pembedahan) dan menyokong lengan ketika ibu memegang bayi.

2- Pegang bayi pada kedudukan yang sama seperti pegangan menyambut bola tetapi disebalik anda memegang bayi dibawah lengan dan menyusukan pada bahagian yang sama,cuba bawa bayi ke sisi dada anda.

3- Jadi bila anda memegang bayi dengan tangan kanan,anda boleh menyusukan daripada payudara sebelah kiri.

4- Tangan kiri akan menyokong payudara sebelah kiri dengan 4 jari menghala bahagian bawah lengan.





Mengiring/ lying down 

1- Posisi ini sangat popular terutama pada waktu malam. Sambil menyusu sambil rehat.

2- Bayi baring mengadap ibu.Lapik bantal sebaiknya pada leher ibu,belakang dan bawah bayi juga di belakang ibu jika perlu.

3- Ini penting supaya ibu tidak mengalami ketegangan, dan penyusuan dapat dilakukan dengan sempurna, terutama ibu yang masih berada dalam tempoh pantang.

4- PENTING! Pastikan kedudukan bayi selesa sepanjang proses penyusuan kerana dikuatiri ibu tertidur semasa menyusu.Posisi yang dilakukan dengan sempurna dapat mengelakkan berlakunya kejadian bayi lemas.

5- Walaubagaimanapun posisi mengiring biasanya kurang selesa bagi ibu yang melahirkan secara ceaser.Jadi sebelum mencuba sebarang posisi,pastikan badan anda tidak sakit. 



Menarik kan? So,ibu2 jangan jadikan proses penyusuan tu sukar,sebab kita leh pelbagaikan posisi mengikut keadaan dan keselesaan.
Sebarang pertanyaan,boleh hubungi ida okeh! 



Ibu bijak,keluarga sihat'
IDA | SID :906347 | 013-9271770

No comments:

Post a Comment