Alhamdulillah, lagi 2 hari kita akan menyambut Ramadhan, seronokkan? dia punya feel tu lain bila masuk je bulan puasa! Semoga kita sempat sampai ke bulan Ramadhan tahun ini.
Ok, ibu2 dah bersedia (terutama para ibu sebab baru je habis ganti puasa, kan? kan? kan? ) tapi macammana dengan anak2? Jom bantu mereka..
TIPS MELATIH ANAK BERPUASA
===========================
Memandangkan Ramadhan bulan penuh keberkatan bakal menjelang (semoga kita semua sempat menemui Ramadhan tahun ni), ida nak share beberapa tips2 dalam MELATIH ANAK BERPUASA
1- Tunjukkan rasa bahagia kita apabila tiba bulan Ramadhan.
2- Ajar anak2 supaya banyak berdoa,sama ada utk dirinya sendiri ataupun utk org lain.
3- Ajar anak2 bersimpati kepada org yg lebih susah.Cthnya berbuka secara sederhana
4- Sediakan tabung Ramadhan dan isi pada setiap hari utk disedekahkan kepada fakir miskin pada akhir bulan Ramadhan.
5- Sebelum tidur,ceritakan kepada anak2 berkenaan suasana bulan Ramadhan semasa kita (ibubapa) kecil.
6- Melakukan aktiviti2 menarik sebelum masuk waktu berbuka.
Contohnya :-
>> Berjalan-jalan bersama keluarga
>> Membaca buku di tempat menarik seperti di taman
>> Berkhemah di halaman rumah
>> Bermain teka teki ataupun puzzle beramai2
>> Menaiki basikal di sekeliling kawasan rumah bersama ibubapa dan adik beradik.
7- Baca Al-Quran selepas menunaikan solat,Supaya lebih menyeronokkan ,baca secara bergilir-gilir.Tunjukkan kebahagian kita apabila mendengar bacaan anak2.
8- Pilih rancangan2 tv yg boleh ditonton bersama2. (tahun ni kalau ada citer 'DIARI RAMADHAN RAFIQUE, MESTI BEST!!! )
9- Sediakan rumah dengan suasana Ramadhan. Cthnya x menyajikan makanan berlebihan/poster2 kelebihan ramadhan bg menaikkan semangat berpuasa.
10- Bangunkan anak2 utk bersahur dengan menggunakan lagu2 kegemaran mereka ( Ingat Tia mula sekolah,kejut Tia dengan lagu 'ERTI AL- FATIHAH' yg anak nora nyanyi.. mata tak buka tapi kepala gerak2 dah...he he )
11- Berikan hadiah/pujian jika anak berjaya puasa/menambah hari berpuasa. Dlm masa yg sama tanamkan dlm diri anak2 pahala dari Allah jauh lebih bermakna dan lebih besar dr apa yg kita bagi.
sumber : Buku Creative Parenting Today .
Senyum
Your trusted distributor,
Ibu bijak,keluarga sihat'
IDA | SID :906347 | 013-9271770
No comments:
Post a Comment