Pages


HUBUNGI KAMI

Whatsapp atau iMessage kami di

+44 7440 359598 (Lin)

+44 7475638652 (Fikri)


NOTE :

CHECK IN : 2.00PM

CHECK OUT : 12.00PM (NOON)

Friday, September 26, 2014

ALKISAH PENSIL NENEK


Cerita ibu..
Alkisah pensil nenek yang menulis surat

Seorang cucu sedang melihat neneknya menulis surat.

“Nek tulis apa? Nek tulis pasal apa yang kita buat bersama? Atau nek tulis pasal Him?” tanya cucu yang bernama Ibrahim.

Nenek berhenti menulis sekejap dan memandang ke arah cucunya yang comel sambil mencubit lesung pipitnya yang manis.

“Nek tulis pasal Him… tapi yang lebih penting ialah pensil yang nek guna ini. Nek harap Him akan menjadi seperti pensil apabila besar nanti.”

Cucunya termenung tidak faham apa yang dikatakan nenek. Pensil yang dipegang cumalah pensil kulitnya merah yang biasa. Ramai rakannya di sekolah pun menggunakan pensil yang sama.

“Ini cuma pensil biasa, nek,” kata cucunya.

“Tak. Ia bergantung dari sudut mana Him pandang. Pensil ini ada lima keistimewaan, dan jika Him boleh berpegang padanya, Him akan mendapat manfaat daripada nya…

“Pertama: Him boleh menjadi seorang yang hebat tapi mesti ada tangan yang memandu Him seperti pensil ini. Siapa dia pemandu itu? Dia ialah Allah, Dia akan sentiasa memandu Him mengikut ketentuannya.

Kedua: dari semasa ke semasa, nek terpaksa henti menulis dan menggunakan pengasah. Pensil akan sakit sedikit dan berkorban sedikit, tapi ia akan menjadi lebih tajam. Begitu juga dengan Him. Him mesti belajar untuk mengharungi sedikit derita dan sakit, cabaran ini akan mematangkan Him.

Ketiga: Pensil selalu membolehkan kita menggunakan pemadam untuk memadam kesilapan kita. Ini bermakna membetulkan sesuatu kesilapan yang dilakukan kita bukanlah satu perkara yang buruk, sebaliknya ia membantu kita kembali ke jalan yang benar dan adil.

Keempat: Apa yang penting pada pensil ialah isinya dan bukan kulit kayunya. Him kena tumpukan lebih banyak perhatian pada apa yang berlaku dalam diri.

Akhir sekali, pensil sentiasa meninggalkan tanda. Begitu juga Him, ingatlah semua perkara yang Him lakukan ada kesannya, jadi sedar dan fikir dalam segala tindakan Him.”

Cucunya terpegun dengan cerita neknya.

Kini cucunya sudah mendapat cucu, cerita ini pula disampaikan kepada anak dan cucunya.

Wahai anakku,
Jika kamu ingin belajar, pensil pun boleh memberi banyak pengajaran. Jika kamu tidak ingin belajar, beribu buku di depan kamu pun tiada guna.

Senyum


sumber asal : Page Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Your trusted distributor,
Ibu bijak,keluarga sihat'
IDA | SID :906347 | 013-9271770


No comments:

Post a Comment