Pages


HUBUNGI KAMI

Whatsapp atau iMessage kami di

+44 7440 359598 (Lin)

+44 7475638652 (Fikri)


NOTE :

CHECK IN : 12.00 PM (NOON)

CHECK OUT : 2.00 PM

Monday, March 3, 2014

KERANAMU ANAK-ANAK

Cerita ibu..

* beza dua beradik ni adalah 5 tahun, 5 bulan dan 5 hari. ok, ibu ayah pun terkejut! :-D

Ok, sebelum ida share 20 perubahan selepas mempunyai anak, cam biasa baca cerita ibu dulu.. perubahan paling ketara dalam diri ida selepas kelahiran anak sulung 9 tahun dulu.. Kak Dina ^_^

Taraaaaa!!! 

apa yang korang nampak? ye betul...TAKDE CINCIN! uhuk! uhuk! cincin bertunang ke,cincin kawin ke..semua tersimpan rapi dah.. cam mana eh, lepas kak dina lahir, bila kita nak pegang baby ,nak mandikan baby risau kan takut tergesel ngan kulit baby yang halus dan lembut, jadi lepas bersalin, mmg tanggal cincin dan dah tak reti dah nak pakai balik...bila pakai rasa tak selesa, penah ida cuba pakai balik,saje melawa (sebab suka tgk org pakai cincin, cam manisss je..keh keh keh) tapi tak sampai sejam, bukak balik ...rimas! ha ha ha ha ha.. sampailah sekarang!

ibu2 kat luar sana ada perubahan besar tak? 

Ok, jom baca list ni lak...



20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK
1 - Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.

2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!


3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!


4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.


5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..


6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat…


7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.


8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.


9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!


10- Kita akan lebih menghargai diri kita.


11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.


12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.


13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.


14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.


15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.


16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!


17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!


18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.


19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.


20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

sumber : pakcik google ! 

Pesan ibu : Sayangi anak2 anda! ^_^

Your trusted distributor,
Ibu bijak,keluarga sihat'
IDA | SID :906347 | 013-9271770



8 comments:

  1. beshnya ada anak2..n anak2 ialah segalanya lepah 2 kea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki Allah ..nilah hok nok doa ko kito bilo hakdop nnt... aminnn

      Delete
  2. haha! mmg nampak sgt perubahan tu pada saya :)

    singgahlah blog saya :)

    http://e-dania.blogspot.com/2014/02/assalamualaikum-semua.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi perubahan2 tu buat kita bahagia kan? alhamdulillah... :-)

      Delete
  3. As salam...,

    Anak2x adlh anugerah Allah...! =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. 200% setuju! alhamdulillah... anugerah dan AMANAH :-)

      Delete
  4. tak sabar nak ade anak. haha..gataii :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha... insyaAllah .......nanti! :-D

      Delete