Pages


HUBUNGI KAMI

Whatsapp atau iMessage kami di

+44 7440 359598 (Lin)

+44 7475638652 (Fikri)


NOTE :

CHECK IN : 2.00PM

CHECK OUT : 12.00PM (NOON)

Thursday, February 27, 2014

ELAK BAYI DAPAT ASMA


Cerita ibu...



ELAK BAYI DAPAT ASMA
--------------------------------------

Biarpun kesihatan anak dalam kandungan tidak kita ketahui tetapi semasa hamil ibu boleh memilih untuk melahirkan zuriat yang sihat atau sebaliknya. Mengamalkan diet sihat semasa mengandung dapat membantu merealisasikan impian tersebut.

Kita adalah apa yang kita makan. Bayi yang dilahirkan juga membesar dalam kandungan berdasarkan pemakanan si ibu. Apa yang dimakan oleh ibu akan memberi kesan besar kepada kesihatan bayi yang berada dalam rahim selama sembilan bulan.

Menurut kajian yang dilakukan oleh sekumulan pakar di di John Hospital, The Detroit Medicine Centre, ibu hamil yang mengamalkan makan sebiji buah epal setiap hari telah membantu melindungi janinnya daripada risiko dijangkiti asma dan alergi apabila dilahirkan.

Kajian tersebut mendapati wanita mengandung yang makan epal setiap hari sepanjang kehamilan dapat menurunkan risiko terkena masalah alergi pada bayi mereka sebanyak 37 % dan risiko bayi dijangkiti asma sebanyak 46%.

Ini kerana buah epal mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi serta anti oksida yang lain. Jadi, ibu hamil jadikan buah epal menu wajib dalam diet harian anda bermula hari ini.

Para pengkaji tersebut juga mendapati amalan makan ikan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu dapat mengurangkan risiko bayi mendapat jangkitan ekzema. Oleh itu doktor sangat menggalakkan ibu hami mengamalkan diet seimbang yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan mengelakkan pengambilan kekacang bagi mengurangkan risiko alergi dalam kalangan bayi.

sumber : http://pama.karangkraf.com/ 




Pesan ibu : Jika anak2 berusia bawah 1 tahun, ibu2 boleh consume omega dan mealshakes,insyaAllah khasiatnya boleh disalurkan melalui susu ibu terus pada anak. 
Bagi anak2 1 tahun dan ke atas dah boleh consume sendiri. :-)



Nak lebih info? Jom bercerita dengan ida... 


Your trusted distributor,
Ibu bijak,keluarga sihat'

IDA | SID :906347 | 013-9271770



No comments:

Post a Comment