Pages


HUBUNGI KAMI

Whatsapp atau iMessage kami di

+44 7440 359598 (Lin)

+44 7475638652 (Fikri)


NOTE :

CHECK IN : 2.00PM

CHECK OUT : 12.00PM (NOON)

Monday, February 3, 2014

SET PENYUSUAN SHAKLEE - SET 3M

Assalamualaikum..

Cerita ibu..
Susu ibu DIFORMULAKAN OLEH ALLAH demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan.Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu adalah pada KADAR YANG TEPAT dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang

Susu ibu kaya dengan NUTRIEN yg mempercepatkan pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf.


Tak semua ibu2 berjaya menyusukan anak mereka sehingga 2 tahun penuh. Pelbagai faktor yang boleh menjadi penyebab merundumnya susu badan. TETAPI ibu2 jangan risau, ida ada caranya dan tips hebat macam mana cara utk memastikan susu ibu dapat dihasilkan dengan lancar dan meriah. (dengan izinNya)

SET 3M 
Set penyusuan lengkap ni merupakan set yang paling mendapat sambutan di kalangan ibu2 menyusu. boleh di ambil seawal kehamilan (kecuali alfalfa), tempoh berpantang ( tambah Zinc) dan boleh diteruskan sepanjang tempoh penyusuan, tak cukup dengan itu set hebat ini masih boleh diteruskan walaupun anda sudah tamat tempoh penyusuan 2 tahun. Jimat kan?

KENAPA?
Pengambilan suplemen penyusuan BUKANLAH satu cara utk memperbanyakkan susu ibu secara langsung TETAPI bagi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat,cergas,ceria dan bertenaga. Kekurangan zat2 penting dalam tubuh ibu dapat digantikan dengan suplemen2 ini tadi. Bila tubuh ibu berada di tahap kesihatan yg optimum, insyaAllah susu dapat dihasilkan dengan lancar. :-)

Jom kita lihat kandungan di dalam SET 3M

note : Chewable vita C Plus digantikan dengan Vitamin C SR (~_^)V

1- ESP /PROTEINBayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.

2- VITALEA /MULTIVITAMINMultivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.


3- VITAMIN C SR  – Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu, menyusui bayi secara ekskusif dapat melindungi bayi anda dari kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

4- B-COMPLEX – Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

5- OSTEMATRIX/KALSIUM – 40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

6- ALFALFA COMPLEX  – Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.


Perlukan maklumat lanjut, jom bercerita dengan ida ^_^


Your trusted distributor,
Ibu bijak,keluarga sihat'
IDA | SID :906347 | 013-9271770


No comments:

Post a Comment